Sunday, November 9, 2008

Laporan Hari Keluarga 08

Tempat : Teluk Rubiah Golf & Country Reasort

Tarikh : 25.10.08

Check in pukul 3.00 Ptg. Masing-masing melepak dalam bilik.... sementara menunggu waktu asar...
Pukul 4.30 lepas solat masing-masing keluar meneroka kawasan resort. Kanak-kanak pula mula berendam dalam kolam mandi yang disediakan... ada juga yang dah mula mandi di persisir pantai di kawasan resort.

Pukul 5 pertandingan bola tampar pantai dimulakan... sebanyak 4 pasukan telah menyertai pertandingan yang diadakan... Akhirnya tempat pertama menjadi milik kumpulan Basri, dan tempat kedua menjadi milik kumpulan Shakimi... Hehehe... Taqim jangan marah yer... team hang kalah...

Malam majlis perasmian hari keluarga oleh GB berserta dengan jamuan makan malam...
Sambil tu geng Fitri mula membakar ikan yang sedia untuk dipanggang... Sambil tu juga majlis ini diselangi dengan persembahan karaoke dari guru & kakitangan yang berbakat menyumbangkan lagu... antaranya siapa lagi kalau bukan En. Nasser, selaian tu si Kamal pengantin baru, Padil, Fadzli, termasuk lah si Normah & the geng...

Aktiviti malam tu diakhiri dengan pertandingan memancing... banyak juga hasil tangkapan malam tu... kategori pertandingan, paling cepat dapat ikan..., paling berat, paling kecil dan paling banyak ...

Tarikh : 26 Oktober 2008

Aktiviti pagi nie lebih kepada acara sukaneka, antara yang dipertandingkan adalah permainan pentanque, dan lain lain lagi...

Acara berakhir pada pukul 12 dan semua warga SKSS bersurai mengikut haluan masing-masing...